Maker Studio di SDCC (Selangor Digital Creative Centre, oleh SITEC) telah melancarkan satu tempat ruang kerja yang diuruskan oleh Arus Academy. Tujuan Arus Academy adalah untuk meningkatkan literasi IT dan pendidikan para pelajar di luar sana yang tidak berkemampuan, melalui kursus atau program yang diperkenalkan. Sebagai contoh, Arus Academy menyediakan kursus-kursus dalam pengaturcaraan, reka bentuk kejuruteraan, pengurusan projek dan kemahiran. Pada masa yang sama, mereka memberi motivasi kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan, sekaligus mewujudkan ruang kreatif di kalangan mereka.
Maker Studio@SDCC
Kemudahan di Maker Studio@SDCC
Di samping itu, Maker Studio juga menyediakan ruang untuk kerja-kerja kayu, laser bercetak, bengkel pengaturcaraan dan sebagainya. Terdapat juga ruang untuk kerja-kerja memateri dan komponen elektrik, dan ruang ini juga dibuka bagi mereka untuk mengadakan kelas secara sendiri. Ia dibuka dan disewa oleh mereka yang mempunyai hobi seperti pencetakan berwarna, pencetakan batik, kerja-kerja kayu dan menggunakan bahan-bahan yang telah mereka sediakan.
Arus Academy ditubuhkan di hujung tahun 2014 di Pulau Pinang, dan Arus Academy telah mula berkolaborasi bersama SITEC untuk menguruskan Maker Studio dan menyediakan program teknikal di SDCC, dengan menyediakan ruang bagi para pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin belajar subjek-subjek berkenaan IT, contoh seperti cara membuat sistem penggera yang mudah atau lampu automatik.
Tambahan pula, jika anda seorang ahli di Maker Studio, anda boleh menggunakan tempat itu dan barangan di situ juga. Untuk menjadi seorang ahli Maker studio pula, mereka yang berstatus pelajar, dikenakan cas RM30 sebulan. Jika anda tiada ID pelajar, cas sebanyak RM50 dikenakan. Terdapat juga kadar walk-in, tetapi ini bergantung kepada kes, dan juga pada peralatan yang hendak digunakan.
Lebih lanjut mengenai Arus Academy
Pengasas Arus Academy terdiri daripada 4 tenaga pengajar dari Malaysia yang setiap daripada mereka mempunyai pengalaman mengajar bersama Teach For Malaysia selama tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Mereka adalah Alina Amir, Felicia Yoon, Daniel Russel, dan David Chak, dan setiap daripada mereka mempunyai latar belakang yang berbeza seperti sains aktuari, psikologi, dan kejuruteraan mekanikal.
Arus Academy ialah sebuah syarikat sosial; oleh itu, mereka bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan, tetapi ingin berbakti kepada masyarakat, sekaligus memberi impak dalam dunia perniagaan. Arus Academy juga ingin membantu mereka yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan, dan mempunyai misi sosial mereka tersendiri.
Arus Academy juga menggalakkan inovasi, dan membekalkan teknik pembelajaran yang betul melalui tenaga pengajar yang cukup berpengetahuan. Selain itu, Arus Academy juga menekankan cara pembelajaran berkaitan seperti pembelajaran berbentuk pendengaran dan juga aplikasi dunia sebenar.
Tidak ketinggalan juga Arus Academy membekalkan teknik asas dan peluang perhubungan seperti pembelajaran secara perbentangan dan juga dalam bentuk pameran secara terbuka bagi pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang mendalam.
Harga yang di tawarkan!
Bagi mereka yang sebahagian dari keahlian, mereka akan nikmati potongan harga yang disediakan, manakala bagi mereka yang bukan keahlian akan menerima harga yang telah ditetapkan oleh pihak Arus Academy. Selain itu, terdapat 14 kelas hujung minggu bersama Arduino yang akan diadakan setiap hari sabtu.
Bagi mereka di luar sana yang ingin menyewa ruang kerja Maker Studio harga bermula RM100 bagi separuh hari manakala untuk satu hari cas akan dikenakan sebanyak RM200, dan mereka yang berstatus keahlian anda akan menikmati 50% potongan.
Untuk menyewa ruang kerja persidangan, RM250 bagi separuh hari dan RM450 bagi mereka yang ingin menyewa untuk satu hari, tidak ketinggalan potongan sebanyak 50% bagi mereka yang berdaftar sebagai keahlian.
Alat dan kemudahan
Printer 3D; untuk mereka yang berstatus sebagai keahlian RM20 setiap perjam manakala RM 40 untuk mereka yang bukan berstatus keahlian .
Pemotong laser; untuk berstatus keahlian RM12 untuk setiap kali pemotongan, manakala RM25 bagi mereka yang tidak berdaftar.
Memateri; Percuma bagi mereka yang berstatus keahlian, manakala bukan berstatus ahli akan di kenakan cas sebanyak RM15 untuk satu hari.
Kerja-kerja kayu; RM20 bagi mereka yang tidak berdaftar sebagai keahlian, Percuma bagi mereka yang berdaftar sebagai keahlian.
Boleh hubungi
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Arus Academy anda boleh hubungi,
Alina Amir (Business development/Co-Founder)
Email:
Comments
comments