Gambar memainkan peranan yang sangat penting dalam perniagaan di atas talian (e-Commerce/e-Dagang). Cara anda menampilkan atau mempromosikan sesuatu produk di laman sosial bukan sahaja dapat menambahkan lagi pengikut anda malahan ia boleh memberi pelbagai kaedah bagaimana hendak menyakinkan sesuatu produk anda kepada mereka di luar sana. Laman sosial menjadi tempat pemasaran yang efektif dengan adanya kemudahan internet. Terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh membantu anda dalam cara pengambilan gambar yang cantik dan boleh menarik perhatian mereka di luar sana agar tertarik dengan gaya anda mempamerkan sesuatu produk.
Terdapat pelbagai tips dan cara untuk mengambil gambar dengan baik dan sempurna. Dengan mengikuti langkah-langkah yang diberikan dan anda juga perlu bijak dalam setiap teknik. Jika di lihat di laman laman media sosial kini terdapat banyak iklan dan tawaran yang muncul dengan memuat naik gambar yang menarik dan lebih terperinci. Ia juga boleh menambah keuntungan dalam perniagaan mereka. Ini kerana setiap teknik dan penghasilan sesuatu gambar penting untuk setiap perniagaan secara atas talian.
1)Elemen penting dalam mengambilan gambar atau sesuatu produk pertama sekali adalah sebuah kamera.
Kamera merupakan benda utama dalam pengambilan gambar, setiap kualiti gambar bergantung kepada cara penggunaan kamera itu tersendiri kerana setiap kamera terdapat kelebihan tersendiri mengikut jenis dan jenama kamera itu.
2)Teknik pencahayaan
Di dalam fotografi, pengaturan pencahayaan merupakan salah satu kunci utama dalam keberhasilan untuk menghasilkan gambar yang di inginkan. Sebagai seorang jurufoto anda berperanan dalam menghasilkan sekeping gambar yang berkualiti. Ia faktor yang terpenting dalam setiap pengambilan gambar dalam segala kategori fotografi. Terdapat pelbagai teknik pencahayaan, antaranya tidak terlalu terang mahupun terlalu gelap, dan haruslah seimbang dengan teknik yang digunakan.
(gambar produk di atas merupakan teknik long shot)
3) Sudut yang menarik dalam pengambilan foto.
Setiap sudut pengambilan gambar juga penting dalam menghasilkan gambar berlatar belakangkan gambar yang menarik. Ia kerana dengan berbagai sudut yang menarik anda boleh menghasilkan gambar yang berbentuk kreatif. Tiada kaedah khusus dalam memilih sudut pandang yang menarik kerana yang penting adalah anda perlu banyak mengkaji dalam menentukan sudut yang bagus.
Di bawah ini merupakan teknik teknik yang biasa digunakan semasa mengambil gambar.
- Extreme long shot.
- Long shot.
- Medium long shot.
- Medium close up.
- Close up.
- Bird eye view.
- Low angle.
- High angle
4) Latar belakang. (background)
Pemilihan latar belakang juga harus di fikirkan terlebih dahulu, kerana latar belakang (background) memainkan peranan yang besar agar gambar yang dihasilkan akan memberi impak yang sempurna pada setiap gambar. Kerana latar belakang merupakan peranan yang besar dalam menonjolkan sesuatu produk.
5)Komposisi subjek.
Sebelum mengambil gambar anda perlu memerhatikan komposisi dalam memotret gambar dengan baik. Foto yang dihasilkan dengan mengatur komposisi tentu hasilnya lebih menarik dibandingkan dengan foto yang diambil tanpa memerhatikan komposisi. Ini kerana setiap penghasilan gambar dengan menggunakan kaedah komposisi subjek ia akan memberikan hasil yang lebih menarik.
Comments
comments