Pada 24 Januari 2017, Selangor Information Technology E-Commerce Council (SITEC) telah mengadakan kelas e-Dagang yang pertama dalam Bahasa Melayu. Dengan menampilkan dua orang penceramah dan seorang jurulatih, sesi perkongsian ini menerima lebih daripada 72 hadirin bertempat di SDCC (Selangor Digital Creative Centre), I-City Shah Alam.

Apakah itu e-Dagang? E-Dagang bermaksud penggunaan kemajuan teknologi seperti internet dan aplikasi mudah alih untuk menghubungkan sistem perniagaan secara atas talian (iaitu, ‘online commerce’, atau ‘e-commerce’).

Jika dilihat pada masa kini, penjualan secara atas talian mendapat tempat dan berkembang pesat terutama sekali di Malaysia. Potensi ini dapat dilihat dengan mata sendiri; e-Dagang berupaya dalam pelbagai bentuk pengurusan yang mudah dan sistematik.

Pada kali ini disediakan jurulatih dan penceramah yang cukup berpengalaman dan mempunyai ilmu yang mantap dalam bidang ini, diketuai oleh Fatin Fadila yang merupakan Pengurus SITEC Online 100 merangkap sebagai jurulatih pada kali ini, mengolah setiap perbahasan mengenai e-Dagang seperti bagaimana hendak memulakan perniagaan dengan teknik yang betul.

Menurut beliau, e-Dagang adalah sesuai untuk semua jenis perdagangan, dan bermanfaat kepada bisnes-bisnes kerana ia tiada kos berlebihan, amat mudah untuk dimulakan dan tiada liabiliti kepada ahli perniagaan.

Mengetahui Pelbagai Jenis e-Dagang

Dalam e-Dagang terdapat pelbagai jenis, seperti “B2C” (Business to Consumer), iaitu Bisnes kepada Pengguna, dan merupakan organisasi seperti Amazon atau e-pasaran seperti Lazada. Satu lagi jenis e-Dagang adalah “C2C” (Consumer to Consumer), iaitu Pengguna kepada Pengguna, dan merupakan organisasi seperti Lelong.my ataupun Carousell.

Bidang e-Dagang juga terdapat kategori-kategori lain seperti B2B2C (Business to Business to Consumer); iaitu Bisnes kepada Bisnes kepada Pengguna, seperti Rakuten, dan O2O (Online to Offline); iaitu atas talian kepada tutup talian, seperti Groupon.

Bagi Fatin Fadila sendiri beliau merasakan dengan kepelbagaian e-Dagang peniaga secara atas talian perlu memahami apakah konsep yang beliau harus laksanakan. Tegasnya lagi setiap konsep perniagaan harus seiring dengan produk yang kita ingin mempromosikannya.

Fatin Fadila EC 101 BM

Jurulatih Kelas E-Dagang pertama SITEC, Fatin Fadila (Pengurus SITEC Online 100)

Perbezaan antara Marketplace dan Kedai Atas Talian

Beliau juga menjelaskan perbezaan antara platform e-marketplace (platform e-pasaran) dengan e-store/online store (kedai atas talian); di mana e-marketplace merupakan pelbagai penjual atas talian dalam satu platform, manakala kedai atas talian selalunya dimiliki oleh sebuah syarikat tunggal.

Perbezaan platform e-marketplace dan e-store tidak terhenti setakat itu sahaja. Kerana e-store adalah ‘buat sendiri’, dengan kosnya amat tinggi. Selain itu, terdapat 3 asas mengenai gerbang pembayaran, antaranya pembayaran langanan hanya sekali, langanan bulanan dan yuran transaksi.

Tambahan pula bagi beliau, dengan adanya marketplace, laman web, dan media sosial, urusan bagi setiap peniaga di luar sana dipermudahkan. Anda boleh bermula dengan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram dan anda juga boleh membuka laman web sendiri, kerana anda sudah mempunyai traffic dan pengikut anda di situ. Sekiranya produk anda ada memerlukan komunikasi dengan pembeli, media sosial adalah jawapan, tetapi sekiranya anda menjual benda seperti buku, barangan bayi dan sebagainya, laman web adalah jawapannya. Akhir kata, ia bergantung kepada jenis perniagaan anda.

Penerangan setiap produk haruslah jelas, telus dan lengkap. Fatin Fadila juga menegaskan tiada istilah “the customer is always right” kadangkala sebagai pelanggan mahupun peniaga kita sendiri tak akan boleh lari dari melakukan kesilapan, sebab ketelitian itu amat-amat penting. Tidak ketinggalan juga pesanan beliau “harus bijak memilih kaedah penghantaran yang terbaik”

Setiap perkongsian yang diberikan oleh Fatin Fadila memberi 1001 manfaat dan ilmu baharu kepada para peniaga yang ingin mengorak langkah dalam dunia perniagaan. Setiap peluang yang datang harus digunakan dengan sebaik yang mungkin. “Semua benda boleh di jual melalui online di mana kita harus bijak dalam mencuba sesuatu yang baru,” tegasnya itu.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,” peribahasa ini sesuai untuk para peniaga  di luar sana. Setiap pembeli pasti inginkan khidmat yang terbaik, sebagai contoh, produk tersedia ada, proses pembayaran yang senang, penghantaran yang cepat, kejutan dan khidmat pelanggan yang baik. Sebagai jurulatih Fatin Fadila menegaskan bahawa peniaga harus bijak dalam memilih perkhidmatan kerana ingin memberikan khidmat yang terbaik.

Apa yang dimaksudkan “dengan penghantaran yang terbaik” ialah memberi perkhidmatan penghantaran yang terbaik kepada setiap pelanggan anda. Selain itu, pilihan terbaik merupakan aspek terpenting dalam dunia perniagaan, dengan pelbagai contoh perkhidmatan seperti PosLaju, Skynet, GDex, Dego dan pelbagai lagi jenis perkhidmatan yang boleh digunakan. Pemilihan perkhidmatan yang terbaik dapat mengelakkan berlakunya kejadian seperti barang tidak sampai kepada pelanggan dan sebagainya.

Crowd EC 101 BM

Fatin Fadila menghuraikan isi penting seperti khidmat pelanggan yang sangat baik, berpegang teguh dengan kata-kata Jonathan Midenhall “amazing things will happen when you listen to the consumer”. Mutiara kata yang digunakan ini jelas memberi kefahaman kepada para perniagaan betapa pentingnya khidmat pelanggan.

Media sosial merupakan platform yang terbaik untuk perniagaan, dahulunya Facebook digunakan bukan untuk perniagaan malahan untuk berkongsi gambar serta rutin harian anda. Akan tetapi pada masa kini Facebook dijadikan platform untuk meraih pendapatan juga. Facebook pada masa kini terdapat “group” untuk menjual barang perniagaan dan juga perkhidmatan “shop now” di mana sesetengah syarikat menyediakan shopping cart di laman sosial Facebook. Di samping itu, Fatin Fadila juga ada menyentuh sedikit mengenai media sosial yang terkenal iaitu Instagram. Instagram juga terdapat banyak fungsi seperti berkongsi kenangan dan juga digunakan untuk perniagaan. Media sosial ini merupakan platform terbaru untuk dunia perniagaan. Dengan adanya ramai pengikut, perniagaan anda akan dipermudahkan, dan terdapat juga sesetengah daripada para peniaga menggunakan Instagram untuk “paid review”.

Hairul Faizal; Bookcafe

Hairul Faizal nama yang tidak asing dengan dunia e-Dagang, dan merupakan CEO kepada Bookcafe. Beliau pernah menuntut di Universiti Teknologi Tokyo dalam bidang sains komputer dan e-Dagang. Beliau berkongsikan serba sedikit pengalamannya semasa belajar di Tokyo tentang “penggunaaan Facebook sebagai tempat untuk berhubung dengan pelanggan”. Beliau juga berpengalaman menjadi editor di PTS Media Group Sdn. Bhd. dan mengurus buku-buku penterjemahan.

Hairul Faizal berpegang teguh dengan prinsip beliau iaitu “SMART” yang membawa maksud Sistem Mudah Automatik Rilek Tersusun. Beliau juga menegaskan berdasarkan pengalaman beliau terhadap beberapa cabaran dan penyelesaian dalam e-Dagang, pertama sekali ialah “mentaliti dan sikap mendidik seorang peniaga”.

Hairul Faizal EC 101BM

Selain itu beliau ada berkongsi tips seperti “kalau tidak dapat manfaatkan benda yang percuma jangan harap kita dapat manfaat benda yang berbayar” dengan menggunakan contoh Facebook. Facebook merupakan ruang percuma, akan tetapi “jika kita tak dapat menjana Facebook untuk menghasilkan duit, jangan harap kita pergi website mahal atau berbayar untuk buat duit”.

Ameerul Afiq: Peniaga termuda!

Speaker seterusnya ialah Ameerul Afiq Abdul Hadi atau nama samaran beliau King Afiqq, dan merupakan peniaga muda yang baru berusia 20 tahun dan mempunyai perniagaan sendiri yang diberi nama RAD.KL di Instagram. Beliau masih menuntut di Kolej Islam As-Sofa Ampang dalam jurusan Diploma Syariah Islamiah.  

Berjinak-jinak dalam dunia perniagaan seawal usia 12 tahun, beliau menggunakan Instagram sepenuhnya sebagai platform dalam perniagaannya dan mulai serius menggunakan media sosial Instagram untuk perniagaannya itu ketika berumur 17 tahun. Ameerul Afiq tidak mudah melatah dalam menguruskan perniagaannya itu malahan beliau yakin terhadap perniagaan yang beliau usahakan.

Ameerul Afiq EC 101 BM

Beliau menggunakan 100 peratus medium Instagram untuk perniagaannya manakala Facebook digunakan untuk penjenamaan perniagaannya sahaja. Tambahnya lagi, bagi beliau sendiri “jualan di Instagram lagi mudah berbanding “Facebook Ads” (Iklan Facebook).

Beliau menggunakan laman sosial Instagramnya itu sebagai platform “paid review”. “Paid review” merupakan perbuatan mengiklankan barangan anda di laman sosial orang lain untuk meraih pengikut untuk berkunjung ke laman media sosial anda. Bagi Ameerul Afiq kebiasaannya “paid review” dilakukan kepada mereka yang mempunyai pengikut yang ramai. Anda hanya perlu membayar kepada tuan empunya media sosial dan memuat naik gambar serta caption yang menarik.

Berpegang teguh dengan kata-kata Ameerul Afiq “bila hendak melakukan pemasaran harus cari “ways” atau satu cara yang boleh menjimatkan duit kita”. Seawal usia muda begini Ameerul Afiq mampu mempelbagaikan perniagaannya itu sendiri. Umpama peribahasa “yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”.

Sesi Soal Jawab

Dalam sesi ini para hadirin bertanyakan soalan yang menarik mengenai perbezaan Instagram dan juga bagaimana ingin mendapatkan pemborong.

Soalan pertama, apa perbezaan Instagram dengan sistem? Soalan ini diajukan kepada Ameerul Afiq.

Jelas Ameerul Afiq sewaktu 2016 dan pertengahan 2016 beliau menggunakan Instagram untuk page sahaja, tetapi bila menggunakan Instagram dia akan menetapkan banyak benda. Tegas Ameerul Afiq yang cukup berpengalaman mengenai Instagram, bagi beliau sendiri Instagram merupakan platform yang paling mudah dan terbaik.

Soalan kedua, hadirin bertanyakan mengenai pemborong dari negara China atau instashop yang memiliki 4 ribu pengikut dan beliau merasa keliru sama ada ingin mendaftar ataupun tidak?

Jawapan yang diberikan Ameerul Afiq, bagi beliau sendiri pemborong dari China merupakan aset penting memulakan perniagaan, di mana kita harus ada pengedar untuk memulakan perniagaan, jika tiada pengedar kita memang tidak boleh mulakan perniagaan.

Sesi Perkongsian Pemasaran

  1. AVANA

Raja Tawfeeq Avana EC101 BMSesi perkongsian pemasaran yang pertama dilakukan oleh Raja Tawfeeq yang memperkenalkan Avana. Avana adalah salah satu sistem e-Dagang yang menyediakan perniagaan atas talian dan laman web di dalam Facebook. Selain itu, Avana juga mempermudahkan perniagaan atas talian serta mempromosikan barangan anda dan menawarkan pemasaran yang bagus serta memberi tunjuk ajar yang efisien kepada peniaga atas talian.

  1. Nile.com.my

Yusleiana Yusof Nile.com.my EC101BM

Perkongsian seterusnya ialah Yona dari Nile.com.my yang menceritakan serba sedikit tentang laman web (ruang perniagaan atas talian) mereka yang ditubuhkan pada tahun 2011 dan mempunyai 300,000 peniaga yang berdaftar dengan mereka. Nile.com.my merupakan laman sesawang tempatan yang sudah beroperasi selama 6 tahun dan mewujudkan jenama sendiri yang diberi nama HAYA.

Comments

comments

We don't want you to miss out.

Be the first to get up-to-date news, updates, promotions, and  even exclusive invites when you subscribe to our FREE newsletter!

SUCCESS! Now sit back, relax and enjoy our site!